Hukum Muatnaik Gambar Makanan Di Bulan Ramadhan,Yang Ramai Masih Tak Tahu. Mohon Sebarkan...Jangan Ambil Mudah

MENURUT pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus, memuat naik gambar makanan menerusi media sosial semasa bulan Ramadhan bukanlah perkara haram tetapi ada ulama mengatakan jangan bersikap terlampau menayang gambar makanan ketika sedang berpuasa.

“Bukanlah haram jika muat naik gambar kerana Rasulullah SAW bersabda, kalau kita beli makanan atau masak dan kemudian jiran kita terhidu baunya, sunat kita berikan kepada jiran jika jiran itu orang senang. Namun jika jiran kita kelaparan, maka hukumnya wajib.
“Gambar merupakan kias. Bukan haram tetapi janganlah terlalu menunjuk sebab bukan semua orang mampu membeli apa yang kita tayangkan itu.
“Nak kata haram, saya tak berani,” katanya dalam program Bersama Ustaz Azhar Idrus, Aku, Ramadan dan Facebook di Dewan Sultan Muhammad ke V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor.
Mengulas tentang hukum mengambil resepi orang lain di media sosial, Ustaz Azhar berkata, ia bergantung kepada tiga situasi iaitu pemilik resepi mengizinkan atau secara jelas tidak mengizinkan atau yang ketiga dipanggil ‘uruf’ yang jika dimuat naik ke media sosial biasanya memang untuk dikongsi.
Selamat berpuasa gais! – MYNEWSHUB.CC
loading...
0 Komentar untuk "Hukum Muatnaik Gambar Makanan Di Bulan Ramadhan,Yang Ramai Masih Tak Tahu. Mohon Sebarkan...Jangan Ambil Mudah"

 
Copyright © 2014 ISU-ISU DUNIA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info