DOA BAGI YANG INGIN DAPATKAN ZURIAT..INSYAALLAH

Doa Untuk Mendapatkan Anak. Semoga dengan adanya doa untuk mendapatkan anak ini dapat membantu anda untuk memperoleh anak yang soleh dan solehah amin. Hendaklah menjaga adab-adab ‘bersama’ dengan isteri. Memilih waktu yang sesuai. Disunatkan ‘bersama’ dengan isteri pada malam Jumaat dan hari Jumaat.

Doa Untuk Mendapatkan Anak

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
رَبِّ لاَ تَذَرْنِى فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الوَارِثِينَ
Al-Anbiyaa 089)

Yang bermaksud, “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat), dan Engkau jua sebaik yang mewarisi.

Disebutkan dalam kitab Ihya’ Ulumuddin karangan Imam al-Ghazali, makruh ‘bersama’ dengan isteri pada tiga malam iaitu pada awal bulan, pertengahan bulan (hari ke 15) dan akhir bulan. Ini kerana dikatakan syaitan hadir bersama sesiapa berjimak pada malam tersebut. Ada pula mengatakan syaitan berjimak pada malam berkenaan. Hal ini diriwayatkan oleh Saidina Ali, Muawiyah dan Abu Hurairah.

Disebutkan juga dalam kitab Bahru Mazi karangan Muhammad Idris Abdul Rauf al-Marbawi, tegahan ‘bersama’ dengan isteri pada beberapa waktu kerana takut terkena bencana kepada anak (gila) iaitu pada awal malam daripada mana-mana bulan dan pada akhirnya dan pada lima belas hari bulan kerana anak menjadi suka terkejut.

Perkara ini juga dinyatakan di dalam kitab al-Wasoya karangan Muhyiddin Abi Abdullah al-Hatami al-Ta’ie al-Andalusi (Ibnu Arabi) dengan sabda Nabi saw.

Wahai Ali, janganlah kamu mendatangi ahli kamu (berjimak dengan isteri) pada malam awal bulan (takwim Hijriyah) dan malam pertengahan bulan, ditakuti anak kamu bodoh/jahat. Ali bertanya: “Kenapa wahai Rasulullah?”. Baginda menjawab: “Ini kerana kebanyakkan jin mendatangi perempuan mereka (berjimak) pada malam awal bulan dan malam pertengahan bulan (takwim Hijriyah). Sanggupkah kamu melihat orang-orang gila berebut-rebut( mendatangi isteri kamu) pada malam pertengahan bulan dan malam awal bulan?.
Sumber : Jabatan Mufti Negeri Sembilan
loading...
0 Komentar untuk "DOA BAGI YANG INGIN DAPATKAN ZURIAT..INSYAALLAH"

 
Copyright © 2014 ISU-ISU DUNIA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info