Keistimewaan Dan Tafsir Surah Al-Falaq


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Surah Al-Falaq (سورة الفلق) adalah surah ke-113 dalam Al-Qur’an. Ia mengandungi 5 ayat dan tergolong surah Makkiyah yang diturunkan selepas Surah Al-Fiil. Nama Al-Falaq diambil dari kata ‘Falaq’ yang terdapat pada hujung ayat pertama surah ini yang bermaksud ‘seluruh makhluk’ atau sebahagian ahli tafsir berpendapat ‘waktu subuh’.
 .
.

Maksud Ayat-Ayat Surah Al-Falaq

.
.

Kisah Penurunan Surah Al-Falaq

Dalam riwayat Al-Baihaqi, diceritakan bahawa surah Al-Falaq dan An-Naas diturunkan pada masa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam disihir oleh seorang Yahudi yang bernama Labid bin al-A’sham dengan sebelas simpulan tali, dimana setiap kali dibacakan satu demi satu ayat-ayat dari kedua surah tersebut, maka terlepaslah simpulan itu satu persatu. Kisah tentang disihirnya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam ini sendiri terdapat dalam Shahih Al-Bukhari.
 .
Menurut Abdullah Yusuf Ali pula, pada waktu zaman kenabian Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam, terdapat seorang bomoh perempuan yang mengenakan sihir hitam ke atas musuhnya menggunakan sihir pada simpulan. Dengan itu, Allah SWT menurunkan surah ini sebagai perlindungan daripada sihir tersebut.
 .
Al-Imam Muhammad Abduh berkata: Dalam masalah ini, terdapat lebih banyak hadis yang menerangkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah disihir oleh Labid Ibn al-A’sam. Sihir itu telah berjaya mempengaruhi (meresapi) diri Baginda shallallahu ‘alaihi wasallam, sehingga mengkhayalkan Baginda dan menyebabkan Baginda seolah-olah melakukan sesuatu padahal baginda tidak melakukannya, atau baginda seperti mendatangi sesuatu, sedangkan Baginda shallallahu ‘alaihi wasallam tidak mendatanginya.
 .
Kemudian, Allah SWT menjelaskan kepadanya hal itu, seterusnya bahan sihir itu dikeluarkan daripada sebuah perigi. Setelah itu barulah Baginda shallallahu ‘alaihi wasallam sembuh daripada penderitaannya dan diturunkan surah ini.
 .
 .

Keistimewaan Surah Al-Falaq

1.  Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam, bersabda: “Apakah engkau tidak melihat ayat-ayat yang diturunkan malam ini yang belum pernah ada bandingannya. Ayat-ayat itu ialah ‘Qul A’uzdu Birabbil Falaq’ (Al-Falaq) dan ‘Qul A’udzu Birabbin Naas’ (An-Nas).”  (HR Muslim r.a.)
.
2.  Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bacalah ‘Qul A’uzdu Birabbil Falaq’ (Al-Falaq) kerana kamu tidak dapat membaca mana-mana surah yang amat dicintai Allah SWT dan sangat cepat diterima Allah SWT, seperti surah ini. Maka semana mampu kamu janganlah kamu tinggalkannya.”
.
3. Disebut pada riwayat lain, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Kamu tidak dapat membaca apa-apa yang sangat pantas sampai kepada Allah SWT seperti ‘Qul A’udzu Birabbil Falaq’ (Al-Falaq).”
 .
 .

Bacaan Surah Al-Falaq Dan Terjemahannya

 .
 .
 .

Tafsir Surah Al-Falaq  (Ayat 1-5)

 .
1.  Firman Allah SWT:
113:1
.
Katakanlah: Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai subuh/makhluk.
 .
Surah ini dimulakan dengan ‘Qul’ yang membawa maksud ‘katakanlah’ kerana Allah telah perintahkan Rasul-Nya berkata demikian.
Falaq’ pula adalah cahaya ‘waktu Subuh’ atau ‘seluruh makhluk’Kedua-dua pengertian ini sesuai dengan ayat-ayat Surah Al-Falaq yang seterusnya.
Sayid Qutub berpendapat boleh dipakai sama ada dengan pengertian: ‘Aku mohon perlindungan pada Tuhan yang menjadi waktu pagi yang memberi keamanan dengan cahaya siang dari segala kejahatan yang sulit dan tersembunyi.’ atau menggunakan pengertian; ‘Aku mohon perlindungan pada Tuhan yang memelihara seluruh makhluk yang memberi keamanan dari segala kejahatan makhluk.’
 .
.
2.  Firman Allah SWT:
                              113:2
.
Dari kejahatan makhluk-Nya.
 .
Berkenaan dengan ayat ini, ia adalah semua kejahatan yang diciptakan seperti Iblis dan keturunannya. Setiap makhluk di dunia mempunyai kebaikan dan kejahatan masing-masing. Menjadi lumrah kepada menusia sukakan kebaikan dan bencikan keburukan.
Perlindungan yang perlu kita pohonkan di sini ialah dipelihara daripada kejahatan agar hanya kebaikannya sahaja yang tinggal. Hanya Allah mampu menapis unsur-unsur jahat daripada terus menganiaya umat manusia yang bergantung harap kepadaNya.
Al-Maraghi mentafsirkan: “Aku berlindung, memohon pelindung kepada zat yang menjadi Tuhan semua makhluk, pencipta segala yang ada dari segala penyakit dan keburukan yang menimpaku antara salah satu makhluk daripada makhluk-makhluk seluruhnya.”
 .
.
3.  Firman Allah SWT:
113:3
.
Dan dari kejahatan malam apabila telah gelap-gelita.
 .
Maksud ayat ini pula adalah ‘matahari apabila tenggelam’ atau ‘malam yang berlabuh’, kerana pada waktu itulah keluarnya binatang buas dan serangga juga berkeliarannya para penjahat. Iaitu daripada kegelapan malam ketika malam itu datang dan menutup segala sesuatu dengan kegelapannya.
Waktu malam yang gelap-gelita itu mengerikan dan menimbulkan ketakutan kerana kegelapan malam menjadi tempat berlindung bagi orang jahat ketika bermaksud jahat dan kegelapan malam menolong bagi musuh.
Juga apabila malam mula menyelubungi, pelbagai bentuk kejahatan bisa mengganggu manusia. Serangan binatang buas, gangguan ahli sihir, dianiaya dukun, perompak dan tergeraknya nafsu syahwat atas perkara yang jijik adalah sebahagian daripada bentuk kejahatan yang mungkin berlaku. Ini kerana, kegelapan malam mendorong syaitan untuk mempergiat usaha menggugat iman manusia yang sudah sedia goyah.
 .
.
4.  Firman Allah SWT:
113:4
.
Dan daripada kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada simpulan-simpulan.
 .
Ketaksuban masyarakat kepada makhluk halus (jin, hantu dan seumpamanya) menyebabkan keimanan mereka terpesong lalu percaya bahawa kuasa itu mampu memberikan mereka “sesuatu”. Sedang pada hakikatnya, ilmu sihir tidak lebih sekadar menipu pancaindera manusia agar timbul perasaan takut atau mungkin berharap. Sekiranya gejala ini tidak dibendung, maka manusia semakin hampir dengan melakukan maksiat terbesar di atas muka bumi iaitu syirik pada Allah SWT… Na’uzubillah minzalik.
 .
.
5.  Firman Allah SWT:
113:5
.
Dan daripada kejahatan pendengki bila ia dengki.
 .
Sifat dengki, suatu yang negatif dan sering timbul apabila seseorang merasakan dirinya kurang daripada individu yang lain. Ia boleh mengundang gejala yang lebih besar kerana si pendengki mungkin akan berbuat apa sahaja agar kelebihan tadi ditarik balik daripada pemilik asal tidak kira dengan apa kaedah sekalipun. Atau, ia mungkin sekadar menimbulkan rasa cemburu. Walau apa sekalipun, dengki harus dibuang atau mungkin kita boleh melatih diri untuk melakukan tindak balas positif atas sikap ini. Sifat dengki seharusnya dijadikan pemangkin ke arah mempergiat usaha supaya menjadi insan yang lebih baik.
.
Wallahu A’lam bishowab
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
loading...
0 Komentar untuk "Keistimewaan Dan Tafsir Surah Al-Falaq"

 
Copyright © 2014 ISU-ISU DUNIA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info