Dari Info Ibu Hamil
Selamat petang, nak kongsi sikit pengalaman di sini. Pagi tadi pergi ke
Klinik Kesihatan untuk check up baby usia sebulan. Semasa sedang
menunggu giliran, ada seorang ibu ini bawa ibu dia agaknya dalam usia
lingkungan 50-an. Saya duduk di kerusi belakang dan dia duduk di depan.
Sambil breastfeed baby, dia berborak dengan kita. Dia tanyalah beranak
secara normal atau czer, anak nombor berapa bagai. Saya pun jawab
seperti biasa sahaja.
Tiba-tiba dia tanya "darah ada lagi ke?".
Saya dah mula syak bukan-bukan. Saya cuma jawab, "Kadang-kadang saja ada."
Kemudian dia terus nak pegang kaki baby. Saya terperanjat dan terus
cakap, "Jangan pegang kaki anak saya, makcik!" Mak mertua saya tak
bagi!"
Terus dia batalkan hasratnya itu, diselangi dengan senyum sinis. Sampai balik dia tak bercakap langsung dengan saya.
Sebenarnya kalau nak tahu, biasanya orang yang 'membela' ini kalau jumpa
baby, tak kiralah baby ke, budak berusia 6 tahun sekalipun memang dia
akan pegang ibu jari kaki anak itu. Selepas pegang, anak memang akan
menangis atau menjerit.
Mak mertua saya pandai mengubat orang. Jadi tidak hairanlah saya tahu
tentang perkara ini. Jadi kepada ibu bapa di luar sana, kalau nenek tua
atau orang muda tiba-tiba nak pegang kaki anak, cepat-cepat tarik anak.
Yang sedang hamil, jangan sesekali bagi orang pegang perut walaupun
saudara mara. Hati orang kita tidak tahu. Sebab itu kena berhati-hati
walau dengan sesiapa pun.
Yang nak percaya itu, percayalah. Tetapi jangan taksub sangat. Yang tak nak percaya, suka hatilah, tiada paksaan.
Tolong kedekut sikit bab anak ini. Kita hampir nak kena masa anak sulung
berusia 2 tahun balik kampung. Sebab itu orang mengandung atau ada anak
kecik kena ada minyak zikir. Bawa saja bersama bila pergi ke mana-mana.
Sebelum keluar rumah, sapu di kepala, telinga, dada, betis, tengkuk.
Kalau orang itu baik, tiada masalah kalau dia nak pegang. Kalau niat
yang tak elok itu, inshaAllah dia takkan berani pegang. Minta dijauhkan
dari anak-anak kita.
loading...
0 Komentar untuk "'Orang yang 'membela' ini suka pegang ibu jari kaki baby,Tolong berhati-hati...' "