Proton Lepaskan Lotus Dan Jual 49.9% Saham Proton Kepada Geely China



PUTRAJAYA: DRB-Hicom Berhad (DRB-Hicom) hari ini telah mencapai persetujuan dengan syarikat China, Zhejiang Geely Holding Group Co., Ltd. (Geely) untuk pembelian 49.9 peratus saham Proton Holdings Berhad (Proton), lapor The Star.

Kedua-dua syarikat berkenaan telah menandatangani perjanjian pembelian saham Proton sambil disaksikan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani di sini..

Berdasarkan perjanji itu dilaporkan proton mendapat akses pelbagai platform dan enjin di bawah Geely dengan menembusi pasaran sedia ada pembuat kenderaan China itu, termasuk liputan kereta pemanduan kanan di Asia Tenggara.


Dalam perjanjian itu juga, Proton akan melepaskan semua  pegangan ekuitinya dalam syarikat pembuat kereta ternama dari Britain, Lotus, kepada Geely, sekali gus menamatkan penglibatannya dalam segmen kereta sport.

Kedua-dua pihak bakal menandatangani Perjanjian Muktamad dalam bulan Julai 2017.


Dengan penjualan saham itu, Geely yang menguasai Geely Automobile Hong Kong dan Kumpulan Kereta Volvo Swedentelah menjadi pemilik kereta nasional negara yang diasaskan pada tahun 1983 oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad.

Geely Holding, yang juga memiliki The London Taxi Company, adalah antara syarikat pembuat kenderaan penumpang terkemuka di China.

Ia mempunyai kemudahan di sebahagian besar dunia, termasuk 16 kilang pembuatan, tujuh studio reka bentuk dan lima pusat penyelidikan dan pembangunan.

Pengarah Urusan DRB-Hicom, Datuk Seri Syed Faisal Albar dalam satu kenyataan berkata perjanjian itu bagi memastikan jenama Proton akan terus berkembang.

"Hasrat kami adalah sentiasa untuk memastikan nama Proton terus giat semula. Ia adalah jenama kereta nasional pertama di Malaysia dan mempunyai sejarah lebih 30 tahun.

"Perjanjian ini akan menjadi pemangkin untuk meningkatkan jenama yang sebatii dengan rakyat Malaysia," katanya. - Siakapkeli.my
loading...
0 Komentar untuk "Proton Lepaskan Lotus Dan Jual 49.9% Saham Proton Kepada Geely China"

 
Copyright © 2014 ISU-ISU DUNIA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info